Sabtu, 16 September 2017

"SAHABAT KU"

Sahabat Ku.

Sahabat....
Aku adalah aku....
kamu adalah kamu.
Dimana kita telah ditemukan untuk bertemu. Dan pada akhirnya perpisahan pun datang menghampiri. Terdiam kelam membisu dengan kesendirian Ku. Tak mungkin kita menyatu seperti dunia semu. Tapi yang pasti ku bahagia dengan kehadiran mu. Yang mungkin hanya sesaat. Dan itu pun telah berlalu. Lahan perlahan seolah ditelan ombak waktu.
Sahabat Ku....
Seberat apa pun beban mu...
Jangan pernah kau lari.
Sekelam apa pun kehidupan mu....
Jangan pernah kau bersembunyi.
Hadapi ia dengan lapang dada.
Seiklas hati nurani....
Agar ia pun bisa pergi.
Membuat ruang hati mu bebas....
Tanpa penghuni yang tidak kau kehendaki.
Sahabat Ku....
Begitu berat tangan ku....
Untuk melepaskan genggaman mu.
Tak sanggup hati ini.....
Untuk ucapkan selamat tinggal.
Meninggalkan kenangan lalu.
Semua yang terjadi tidak akan mungkin terulang.
Dunia khayalan seakan menggoda hati.
Semakin bimbang....
Mimpi....atau kah sekadar khayalan hidup ku sekarang?.
Semoga esok sang suria masih bersinar terang.....
Atau sang pelangi masih hadir dengan keindahan warna warninya.

Sahabat Ku.

Ahad, 9 April 2017

MAKLUMAT PENUH 'ORIEBEL SKINCARE'

👉(FULL ~ INFO) ~ Oriebel👈
*KELEBIHAN ORIEBEL SKINCARE 2in1*
*ORIEBEL SKIN CARE 2in1* ini terdiri daripada
✅krim jeragat
✅pencuci
.......................................................
*KRIM JERAGAT ORIEBEL*
(ORIEBEL DARK SPOT)
menjadikan kulit wajah
👍Glowing
👍Flawless
👍Kulit semakin cerah
👍Tona kulit wajah jadi sekata
👍Hilangkan parut jerawat
👍Kecutkan dan matikan jerawat
👍Hilangkan garisan halus dan
      kedutan pada wajah
👍Lembapkan kulit yang kering
👍Hilangkan minyak di wajah
👍 Sebagai ejen anti penuaan (utk
       awet muda)
👍 Meningkatkan pertumbuhan sel
       kulit baru
👍 Menggalakkan pertambahan
       GLUTATHIONE untuk memutihkan
       kulit dari dalaman
👍 Melindungi kulit dari sinaran uv
       dan kanser kulit
👍 Menghilangkan penyakit kulit
       seperti ekzema, psoriasis, kutil
       dan gatal-gatal
Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890
.......................................................
*PENCUCI MUKA*
(ORIEBEL CLEANSER MOUSSE)
Pencuci kulit wajah oriebel bukan pencuci biasa. Ia bertindak membersih dan merawat dan melindungi kulit wajah. *KESANNYA MASIH DAPAT DIRASAI WALAUPUN SELEPAS MENCUCI MUKA*
Tak percaya..boleh cuba.
👍membersihkan kotoran di wajah
      sehingga jauh ke dalam liang kulit
      dan yang menutupi liang rom
👍 menganjalkan kulit
👍 mengawal kehilangan kelembapan
       kulit
👍 menghilangkan kedutan dan anti
       penuaan
👍 melindungi kulit wajah dari sinaran
       uv yang menyebabkan jeragat
👍 menghalang pertumbuhan
       bakteria
👍 merawat jerawat dan melicinkan kulit wajah.

Berminat ~ whatsapp / sms > 0143533890
                  ~ whatsapp / sms > 0143533890

😃*APAKAH KELAINAN YANG TERDAPAT PADA ORIEBEL SKIN CARE 2in1 NI YANG TAK ADA PADA KRIM JERAGAT YANG LAIN*
.
*IA ADALAH FORMULASI BAHARU*
Kombinasi *KRIM JERAGAT + PENCUCI WAJAH* adalah kombinasi terbaik untuk *MEMBERSIH+ MERAWAT + MELINDUNGI*
👍✅menggalakkan penambahan
     Glutathione dalam badan untuk
     Memutihkan kulit dari dalam
👍✅merawat penyakit wart (kutil) dan
     Penyakit psoriasis.
👍✅kesan dari penggunaan krim dan
     Pencuci wajah oriebel ni bertindak
     Sebagai pelindung wajah dari
     Sinaran uv yang menyebabkan
     Jeragat sehinggakan kesan dari
     Krim dan pencuci masih dirasai
     Walaupun telah dicuci.
👉Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890

👍KEHEBATAN *ORIEBEL DARK SPOT CREAM (KRIM JERAGAT ORIEBEL)* YANG MEMBERI KELAINAN LAIN DARI YANG LAIN.
👍*FORMULASI BAHARU DENGAN BAHAN SEMULAJADI KRIM JERAGAT ORIEBEL*
👉✅ AQUA
Digunakan untuk mendapatkan kesegaran pada kulit & sebagai Agen Anti Penuaan.
👉✅ GLICERINE
Sebagai ejen pelembap dan memberi kesegaran pada kulit.
👉✅ KOJIC ACID
Merawat jeragat atau hyperpigmentation.
👉✅ PANTHOTHENIC ACID
Dikenali sebagai vitamin B5. Menyembuhkan kulit luka, meningkatkan penumbuhan semula sel baru kulit.
Meningkatkan pertambahan GLUTATHIONE dalam sel yang bertindak sebagai antioxidant. Mengurangkan kesan matahari, pencemaran dan ketegangan pada kulit. Mengurangkan tanda2 penuaan, mengelakkan kedutan, dan mengelakkan kanser kulit.
👉✅ CINNAMOMUN ZEYLANICUM
Membantu penyembuhan luka pada kulit seperti ekzema, psoriasis, jerawat dan sebagai pelembap dan perlindungan pada kulit. Membantu untuk kulit yang mudah allergic, irritasi, kulit terbakar, gatal2 dan ketakselesaan kulit. Melawan tanda2 penuaan. Mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas.
👉✅ BENZOYL PEROXIDE
Menghapuskan jerawat.
👉✅ SALICYLIC ACID
Membuang sel rosak. Merawat kutil, psoriasis, jerawat dan gatal-gatal kulit.
👉✅ ASIATICA CENTELLA
Nama lain adalah Daun Pegaga. Merawat psoriasis dan luka kecil. Sebagai Anti penuaan. Membina colagen. Merangsang pertumbuhan sel baru.
👍*LEPAS CUBA KRIM JERAGAT ORIEBEL NI..ANDA AKAN RASA KELAINAN DARI KRIM2 JERAGAT YANG LAIN*
👉👉Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890

Gambar product serta lebih info
Sila klik link seperti yang ditunjuk.  👉https://www.facebook.com/OriebelSkinCare/

Sabtu, 8 April 2017

ORIEBEL SKINCARE

*KELEBIHAN ORIEBEL SKINCARE 2in1*
.
*ORIEBEL SKIN CARE 2in1* ini terdiri daripada
✅krim jeragat
✅pencuci
.
.......................................................
*KRIM JERAGAT ORIEBEL*
(ORIEBEL DARK SPOT)
menjadikan kulit wajah
👍Glowing
👍Flawless
👍Kulit semakin cerah
👍Tona kulit wajah jadi sekata
👍Hilangkan parut jerawat
👍Kecutkan dan matikan jerawat
👍Hilangkan garisan halus dan
      kedutan pada wajah
👍Lembapkan kulit yang kering
👍Hilangkan minyak di wajah
👍 Sebagai ejen anti penuaan (utk
       awet muda)
👍 Meningkatkan pertumbuhan sel
       kulit baru
👍 Menggalakkan pertambahan
       GLUTATHIONE untuk memutihkan
       kulit dari dalaman
👍 Melindungi kulit dari sinaran uv
       dan kanser kulit
👍 Menghilangkan penyakit kulit
       seperti ekzema, psoriasis, kutil
       dan gatal-gatal

Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890
.
.......................................................
*PENCUCI MUKA*
(ORIEBEL CLEANSER MOUSSE)
Pencuci kulit wajah oriebel bukan pencuci biasa. Ia bertindak membersih dan merawat dan melindungi kulit wajah. *KESANNYA MASIH DAPAT DIRASAI WALAUPUN SELEPAS MENCUCI MUKA*
Tak percaya..boleh cuba.
👍membersihkan kotoran di wajah
      sehingga jauh ke dalam liang kulit
      dan yang menutupi liang rom
👍 menganjalkan kulit
👍 mengawal kehilangan kelembapan
       kulit
👍 menghilangkan kedutan dan anti
       penuaan
👍 melindungi kulit wajah dari sinaran
       uv yang menyebabkan jeragat
👍 menghalang pertumbuhan
       bakteria
👍 merawat jerawat dan melicinkan
       kulit wajah

Berminat ~ whatsapp / sms > 0143533890
                  ~ whatsapp / sms > 0143533890

😃*APAKAH KELAINAN YANG TERDAPAT PADA ORIEBEL SKIN CARE 2in1 NI YANG TAK ADA PADA KRIM JERAGAT YANG LAIN*
.
*IA ADALAH FORMULASI BAHARU*
Kombinasi *KRIM JERAGAT + PENCUCI WAJAH* adalah kombinasi terbaik untuk *MEMBERSIH+ MERAWAT + MELINDUNGI*
.
✅menggalakkan penambahan
     Glutathione dalam badan untuk
     Memutihkan kulit dari dalam
✅merawat penyakit wart (kutil) dan
     Penyakit psoriasis.
✅kesan dari penggunaan krim dan
     Pencuci wajah oriebel ni bertindak
     Sebagai pelindung wajah dari
     Sinaran uv yang menyebabkan
     Jeragat sehinggakan kesan dari
     Krim dan pencuci masih dirasai
     Walaupun telah dicuci.

Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890

KEHEBATAN *ORIEBEL DARK SPOT CREAM (KRIM JERAGAT ORIEBEL)* YANG MEMBERI KELAINAN LAIN DARI YANG LAIN.
.
*FORMULASI BAHARU DENGAN BAHAN SEMULAJADI KRIM JERAGAT ORIEBEL*
.
✅ AQUA
_Digunakan untuk mendapatkan kesegaran pada kulit & sebagai Agen Anti Penuaan_
.
✅ GLICERINE
_Sebagai ejen pelembap dan memberi kesegaran pada kulit_
.
✅ KOJIC ACID
_Merawat jeragat atau hyperpigmentation_
.
✅ PANTHOTHENIC ACID
_Dikenali sebagai vitamin B5. Menyembuhkan kulit luka, meningkatkan penumbuhan semula sel baru kulit.
Meningkatkan pertambahan GLUTATHIONE dalam sel yang bertindak sebagai antioxidant. Mengurangkan kesan matahari, pencemaran dan ketegangan pada kulit. Mengurangkan tanda2 penuaan, mengelakkan kedutan, dan mengelakkan kanser kulit_
.
✅ CINNAMOMUN ZEYLANICUM
_Membantu penyembuhan luka pada kulit seperti ekzema, psoriasis, jerawat dan sebagai pelembap dan perlindungan pada kulit. Membantu untuk kulit yang mudah allergic, irritasi, kulit terbakar, gatal2 dan ketakselesaan kulit. Melawan tanda2 penuaan. Mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas_
.
✅ BENZOYL PEROXIDE
_Menghapuskan jerawat_
.
✅ SALICYLIC ACID
_Membuang sel rosak. Merawat kutil, psoriasis, jerawat dan gatal-gatal kulit_
.
✅ ASIATICA CENTELLA
_Nama lain adalah Daun Pegaga. Merawat psoriasis dan luka kecil. Sebagai Anti penuaan. Membina colagen. Merangsang pertumbuhan sel baru_
.
.
*LEPAS CUBA KRIM JERAGAT ORIEBEL NI..ANDA AKAN RASA KELAINAN DARI KRIM2 JERAGAT YANG LAIN*

Berminat ~ whatsapp > 0143533890
                  ~ whatsapp > 0143533890

Jumaat, 8 Ogos 2014

~~ 10 KEAJAIBAN SEDEKAH ~~


~~ 10 KEAJAIBAN SEDEKAH ~~

Dalam beberapa hadits, Rasulullah SAW banyak menjelaskan tentang keajaiban bersedekah. Beberapa keajaiban itu diantaranya adalah sebagai berikut:-
(1).  Sedekah bisa melepaskan pelaku dari bencana. Sebab Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sedekah dapat menolak 70 pintu bencana.
(2).  Sedekah merupakan obat penyakit pada tubuh. Rasulullah SAW menjelaskan, "Obati lah penyakit mu dengan bersedekah.
(3).  Sedekah sebagai benteng buat diri kita. Rasulullah SAW menerangkan, "Bentengi lah harta benda mu dengan bersedekah.
(4).  Sedekah sebagai pemadam kemurkaan Allah SWT. Rasulullah SAW berwasiat, "Sedekah dapat menutup kemurkaan Allah.
(5).  Sedekah menambah keakraban sesama muslim. Rasulullah SAW mengingatkan, "Sedekah adalah hadiah. Maka berikan lah hadiah kepada teman pergaulan mu. Dan berkasih sayanglah kalian dengan saling bersedekah.
(6).  Sedekah mampu menanam rasa belas kasihan dalam hati. Rasulullah SAW berpesan, "Barang siapa mendapatkan kesedihan dalam hati, maka berikan lah sedekah.
(7).  Sedekah dapat menambah umur. Sabda Rasulullah SAW, "Sedekah dapat menambah keberkahan umur."
(8).  Sedekah sebagai syafaat kelak diakhirat. Rasulullah SAW menjelaskan, "Sesungguhnya, yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah.
(9).  Sedekah menuai pahala yang teramat besar. Dalam sebuah atsar disebut, "Barang siapa bersedekah dengan sebiji tamar, kelak dihari kiamat dia akan mendapat pahala sebesar gunung yang berada diatas timbangan amalnya."
(10). Sedekah sebagai wasilah menambah rezeki. Rasulullah SAW menjanjikan, "Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan. Bahkan akan bertambah, akan bertambah dan terus bertambah." Ali Bin Abi Talib r.a berkata, "Pancinglah rezeki dengan bersedekah."


Sabtu, 17 Mei 2014

~~ KETIKA USIA TIBA 40 TAHUN ~~

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَ
غَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..



Nukilan Asal :  https://www.facebook.com/UstazYouTube?ref=stream


Khamis, 13 Februari 2014

~~ KEBAIKAN MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA ~~


KEBAIKAN MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA
Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.
Ujub
Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riyak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)
Dosa ke syurga?
Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?
Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.
Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalam jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.
Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:
“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNYA, DIA jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: “Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”. Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepadaNYA, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).
Pahala Ke Neraka?
Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.
Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.
Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:
“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya)” (ibid, 1/446).
Pakaian Agama
Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.
Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:
“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur”
Apatahlagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi s.a.w ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah:
“Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).
Penulis asal :   Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jumaat, 31 Januari 2014

Orion's Sword In The Winter Sky

Sabtu, 25 Januari 2014

~~ ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLIH PENGANUT AGAMA KRISTIEN ~~



~~ Isu Penggunaan Nama ALLAH Olih Pengganut Agama Kristien ~~

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia se
jak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..

Ahad, 29 Disember 2013

~~ Lumrah Kehidupan ~~

     
         

Sejenis tumbuhan yang membawa banyak kenangan manis masa kecil dahulu. Bunga nya amat cantik dengan warna yang sungguh sepadan dengan warna daunnya. Kena pula dengan gabungan dua warna yang memang menjadi warna kegemaran yang sangat digemari.
Tumbuhan ini (tidak tahu pula nama sebenar) biasanya hidup subur ditempat yang berkeadaan agak lembap dan redup. Tumbuh cantik dan menjadikan warna pada bunga dan daunnya agak terang dan berseri manakala daunnya pula agak berkilat dan segar berbanding jika tumbuhnya ditempat yang terdedah dengan cahaya matahari yang agak terik. 
Tatkala memandang pada tumbuhan ini, menyingkap kembali kenangan bersama ayah masa kecil dahulu mengenai pokok ini. Disebabkan begitu mengemari warna merah yang ada pada bunganya, ditambah pula dengan gabungan warna hijau pada daunnya, membuatkan hati selalu saja terpukau untuk memetiknya. "Buat apa sukakan pokok tu?," ayah menegur . "Sebab ia nampak cantik sangat. Saya suka sangat dan mahukan nya."  tanpa menghiraukan teguran ayah, terus saja memetiknya. Tidak sekadar bunga yang dipetik tapi dengan batang-batang nya sekali. Maklum, nampak tidak begitu menarik jika tidak disertakan beberapa helai daunnya sekali. "Hmmm... kan cantik!. Ayah...cantik lah."  Rasa teruja sangat dengan kecantikan yang ada pada gabungan dua warna tersebut. Kalau bolih, nak juga dicabut dengan akar-akarnya sekali untuk dibawa pulang dan ditanam dikawasan rumah. Tapi ayah melarang sebab tidak yakin ia akan tumbuh semula setelah dicabut dari tempat asalnya. 
Disebabkan terlalu terpukau dengannya, teringin pula menjadikannya sebagai hiasan diri  dengan meletak kan nya dikepala. "Uiii....arahi koh nongkuti do gutukon koh?. Kogutuk inoh." Maksudnya;- ("Uiii....suka tumbuh kudis atas kepala awak?. ") ayah menegah.
Itulah satu daripada kenangan indah semasa kecil. Memang tidak dapat dinafikan, sebagai manusia biasa, kita semua pasti mempunyai kenangan masing-masing. Tidak kira sama ada kenangan manis atau pahit. Setiap yang berlaku dalam sejarah kehidupan kita akan menjadi kenangan bila masa berlalu. Dan tanpa diduga atau dirancang, walau semuanya sudah berlalu, namun kadang-kadang akan hadir pula sesuatu yang bolih menyingkap kembali kenangan itu. Sesungguhnya, ini sudah menjadi lumrah kehidupan pada setiap kita yang bergelar insan didunia ini. Tidak akan pernah terlepas daripada kenangan.

Isnin, 16 Disember 2013

~~ HOW TO BE GREAT ~~


~~ HOW TO BE GREAT ~~

"You don't have to be a great artist, a great politician, a great
philosopher, historian, athlete, or scientist in order to be great." 

"You can be great in your kindness, and the joy and comfort you offer others."

"You can be great by putting in an honest day's work."

"You can be great by the way you have made a house a home for your family."

"You can be great in your desire to overcome any obstacle in order to make something out of your
 life. "

"You can be great by the way you help your neighbors. 
You can be great in your love for God and country.
It's not your job, ability, status, or position in life that makes you great."

"But the love, loyalty, and dedication in your heart that will make you great. "

"These are the very qualities that bind all of humanity.
And that is why we should love each other endlessly". 

 Ini lah kata kata mutiara dari seorang teman yang sentiasa  dalam ingatan buat selamanya. 

 Kata kata manis dan sungguh indah untuk dikenang.

~ SEMOGA KEBAHAGIAN SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN HIDUP MU WAHAI TEMAN ~
~ AKAN KU ABADIKAN MU SELALU DALAM INGATAN ~


Rabu, 11 Disember 2013

~~ 11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat ~~

~~11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat~~





Sebagai seorang muslim, percaya kepada malaikat adalah suatu kewajipan kerana ianya juga merupakan salah satu daripada rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup ini, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Allah SWT berfirman :
”Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.”
(Surah Al Anbiyaa’, ayat 26-28)
Dalam hidup ini, sering kali kita diuji dengan pelbagai masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah sendiri mahupun orang lain, tetapi juga sokongan malaikat.
Berikut adalah antara orang yang mendapat doa malaikat :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:   “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”  (Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : “‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”  (Sahih Muslim)
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”  (Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani).
 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya  “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.”  (Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani).
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
 Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Jika seorang imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’…(ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis ini disahihkan oleh Bukhari)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
 Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata,  ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.”  (Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini).
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.  Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab:
‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
(Hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada satu malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan..’” (Sahih Muslim)
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil.’”  (Sahih Bukhari)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” (Hadis disahihkan oleh Syaikh Al Albani).
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:  “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” (Disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).
Semoga kita juga mendapat peluang keemasan ini..iaitu orang yang mendapat doa-doa daripada malaikat.  Maka, mari kita sama-sama memulakan langkah yang baik bagi merebut peluang yang Allah janjikan ini.

~~ MENANTILAH DENGAN PENUH KESABARAN... ~~

~~ MENANTILAH DENGAN PENUH KESABARAN... ~~








Menanti Itu Bukanlah Satu Penyiksaan.
Menanti itu juga bukan satu beban.
Jika kita menantinya dengan ikhlas.
Jika kita menantinya dengan penuh syukur.

Sesungguhnya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan.

Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti.

Menantilah dengan penuh kesabaran.
Menantilah dengan penuh keimanan.
Karena Insya ALLAH,akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan.
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta.
Karena ALLAH lah yang Maha Memberi.

Tetaplah menanti dengan sabar atas jawaban-NYA.
Karena janji ALLAH itu BENAR.
Bagaimana kwalitas dirimu,begitu juga lah hasil yang akan engkau dapat kan.

Oleh karena itu dalam penantian ini jadikan dirimu baik,maka Insya ALLAH engkau akan mendapat kan yang terbaik juga.

~~ RIDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH ~~




Harapan itu selalu ada bagi mereka yang BERDO’A..
Senantiasa ada jalan bagi mereka yang tidak mengenal PUTUS ASA..
Serta ketenangan bagi mereka yang RIDHA atas ketentuan Allah Yang Maha Kuasa..
Semoga Allah memberikan kita pelangi dalam setiap badai..
Senyuman dalam setiap air mata..
Perlindungan dalam setiap cobaan 
Dan jawaban atas setiap do’a. 
Aamiin..



~~ MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH ~~


“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

~~ MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH ~~




Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.





Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:

“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidak puasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.
 Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak.  Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah.  
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."





 Sumber: http://www.one-ummah.net/

Selasa, 10 Disember 2013

~~ ROMANTIK ITU SUNNAH RASULULLAH S.A.W ~~


“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi


~~ ROMANTIK ITU SUNNAH RASULULLAH  S.A.W ~~  

         



Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.


Sumber: http://www.imamudasyraf.com/